Assalamualaikum

Photobucket

ala bizikrillaahi totmainnul qulub...

Photobucket

Isnin, 28 Februari 2011

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADITH

MULA-MULA SAYA MESTILAH :

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.

2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.

3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.

4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.

5. Ikhlas dalam beramal.

6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.

7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.

8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.

9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.

10. Solat malam menjadi kebiasaannya.

11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt

12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.

13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.

14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.

15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan.

16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia, sentiasa saling nasihat sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.

17. Kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

"aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"(Imam Nawawi)

Ahad, 16 Januari 2011

Angin Senja...

ANGIN SENJA    

Titik-titik hujan
tempias di wajahku
angin senja sejuk mesra
menyapa jasadku
            Kabus jerebu
telah hilang di wajah langit
sinar suria muncul
menyahut gamit
            Syukur padaMu
Yang Maha Memberi
pada kami yang kadang-kala
lupa mensyukuri
segala nikmat curahanMu ...
Betapa kami manusia
sering lupa masa senang
ingat masa susah ...
Bagaikan
sang buaya terlepas dari tersepit
akhirnya tersepit semula
kerana tamaknya dan terlupa diri
menyesal menangis, tak berguna lagi
kerana tak siapa akan menolongi ...

Sabtu, 15 Januari 2011

Kerana Kata

KERANA KATA.

Kerana kata
bisa sayang mendatang
kerana kata
bisa sayang melayang

Segalanya kerana kata
orang bisa menguji
apakah di hati

Segalanya kerana kata
bisa mengukir senyum dan tawa
bisa mencuka rasa
terluka berairmata.
selalu menyesal kemudian
Dan segalanya kerana kata
Jadi taruhan…

Sabtu, 8 Januari 2011

ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan ada manfaatnya.

Susu Kambing Minuman Rasul Junjungan
Posted by intanrohaida under Uncategorized 
Dalam keperitan panas mentari, kelihatan 3 susuk tubuh dalam perjalanan ke satu destinasi. wanita yang menghuni khemah itu sedang setia menanti kepulangan suami untuk rezeki mereka pada hari itu, yang ada bersamanya hanya seekor kambing betina tua yang kurus dan kekeringan susu.
Tatkala menjawab salam daripada 3 insan pengembara itu, dia menjawab tiada apa yang mampu dihidangkan kepada mereka kerana sang suami yang dinanti masih belum kunjung tiba. namun, dia berbesar hati menyediakan tempat untuk mereka menumpang berteduh buat sementara waktu bagi menghilangkan lelah sebelum perjalanan yang jauh diteruskan kembali. Kedengaran suara meminta izin dari wanita itu agar dapat sekiranya memberi mereka sejenis bekas dan apa yang boleh diguna untuk diperah susu daripada kambing betina tua itu..
Wanita itu terperanjat tetapi tetap menghulurkan bejana dari kulit sambil mengatakan yang kambing itu dah tua dan telah lama kekeringan susu apatah lagi keadaan mereka di padang pasir yang membuatkan kambing itu kurus kering.
Namun, itulah keajaibannya. apa yang tidak diketahui wanita itu adalah tetamunya itu bukanlah sembarangan orang tetapi Baginda adalah Rasul Junjungan Mulia, Muhammad Rasulullah dan sahabat-sahabatnya.
Rasulullah saw menggunakan tangan baginda yang mulia itu lalu mula memerah susu kambing. Bukan sahaja susu memenuhi bejana malah, kambing betina itu terus terusan mengeluarkan susu setiap kali diperah. Wanita itu sungguh kagum dan tidak putus-putus mengucapkan terima kasih  kepada para tetamunya yang kemudian meneruskan kembali perjalanan mereka.
Apabila suaminya pulang, tidak hentinya kisah itu diulang dan suami yang gembira itu menyatakan itulah Muhammad yang kisahnya didengar dari pekan dan semakin ramai pengikutnya.
Itu adalah satu daripada banyak lagi kisah Nabi tercinta dengan minuman kegemarannya, susu kambing. Sebenarnya, sesuatu yang sunnah itu banyak sekali fadilat dan manfaatnya, kerana rasulullah saw adalah insan terbaik pilihan Allah yang ditulis dalam al-Quran sebagai role model atau contoh ikutan yang baik untuk sekelian umat manusia. "Dan tidak Kami utuskan engkau wahai Muhammad meliankan untuk membawa rahmat ke seluruh alam". .
Wallahu a'lam....

Rabu, 5 Januari 2011

Murobbi Cinta RASULULLAH S.A.W

Murabbi Cinta, Seorang Nabi
“Kepalaku!” kata Aisyah.
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.
“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah.Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.
Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit.Kepala mereka berat.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.

Selasa, 28 Disember 2010

BICARA BUAT SAHABAT DAN SAHABIAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.