Assalamualaikum

Photobucket

ala bizikrillaahi totmainnul qulub...

Photobucket

Rabu, 27 Oktober 2010

hidayah


HIDAYAH

"Oit Ady...pekak ker...apsal ko 'goreng' semacam jer...tunggu la kitorang!"
"Oi, Ady...dengar ke idak?!"

"La...ko Otai...iskh...ye..ye...!!! Apo ko cakap tadi..?!"

"Apo ko nih Ady ,aku cakap ko dengar ke idak?!!"

Entah apa yang menerawang di fikiran aku...sampaikan si Otai cakap dengan aku pun aku boleh buat tidak dengar...

"Sorry la..brader..aku tak dengar tadi..."

"Itu la..ko main 'tibai' jer..macam nih biler nak abis...competition tuh tak lama agie tau? Kalo ko tak nak main, aku leh carik ramai lagik tau gitarist lain...paham!!"

Fuh...marah sungguh si Otai kali ini.Memang lah siapa tidak geram, dapat member macam aku ini bermasalah luar dan dalam,yang si Otai ini pun satu bukannya nak tanyakan apa masalah aku,ditengking-tengkingnya pula. Inikah namanya kawan?

"Aku balik dulu la...ko carik la...member baru...aku nih nyusahkan korang jer...!!!"

"Ok, fine!! Elok sangatlah...buang masa jer aku invite ko join kitorang....tak sangka jadik gini...!!!"

Aku tidak berlengah lagi.Life Studio kutinggalkan dengan berbekalkan gitar elektrik pemberian Izan. aku melangkah pulang dengan hati yang panas..cukup panas. Marah betul aku.Cuma aku malas nak bertekak dengan Otai dan gengnya.Malas!!

Allah..serabutnya kepala otakku ini.Apa yang perlu kubuat? Dulu-dulu aku selalu ingat muzik adalah segala-galanya. Muzik adalah hidup aku,kerana muzik menyemarakkan kembali hidup aku,tapi sekarang kerana muzik jualah perasaan aku tidak tenteram langsung. Macam mana ini?

Aku semakin kehilangan arah. Jam di tangan pukul 12:30 pagi,mahu balik ke rumah sewa atau terus sahaja lepak di sini? Duduk di bawah sinaran lampu neon jalan raya sejuk pula rasanya...ah...lebih baik aku pulang sahaja.

Gelap sahaja rumah. Agaknya semua house mate aku sudah tidur. Lantaklah. Bagus juga, selalunya waktu begini mereka akan pasang vcd hindustan. Ah! Lagi pening aku.

Aku melangkah malas menuju ke arah bilik. Cerah lagi,agaknya Hilman masih belum tidur. Mesti tengah study.

Pintu kubuka. Kulihat Hilman tengah tekun membaca. Dia mendongak ke arahku,sambil tersenyum dia seraya berkata,

"Oh....Ady..balik dah pun...camana ngan latihan hari nih?"

Aku tersenyum pahit. Entah kenapa melihatkan senyuman Hilman, tenang sikit hati ini.

"Hmm...entah!!" Jawabku malas.

Lantas aku baring atas katil tidak jauh dari meja Hilman. Gitar aku letakkan di sebelah.
Hilman berpaling memandang aku. Entah apa agaknya difikirkan,kemudian dia terangguk-angguk sendiri. "Nak citer kat aku? Mana la tau..ader masalah ker tadi? Masalah gitar ke...masalah kengkawan ke...masalah Izan...?"
Hilman mungkin cuba mencungkil...pandai juga dia..semuanya berkait.

Aku cuma memejamkan mata,mengangguk pun tidak menggeleng pun tidak. Tidak terdaya hendakku ceritakan satu persatu. Berat rasanya. Nantilah Hilman,mungkin esok, lusa akan ku ceritakan tapi bukan malam ini. Aku betul-betul serabut...maaf, kawan!

"Err...tak apalah...aku tak nak 'push' engko...rehat-rehatlah...kiter citer biler-biler ko senang ek?...Er..lampu nih terang sangat ker? Nanti aku pasang lampu meja aku...ko rehat-rehatlah dulu...dah solat Isyak?"

Aku terdiam. Solat?
Dah lama aku tak solat. Kadang-kadang aku solat kadang-kadang aku terponteng juga. Entahlah,malas sungguh rasanya untuk menunaikan rukun Islam yang kedua itu.

Hilman meneruskan studynya. Kopiah di kepala masih tidak ditanggalkan. Memang itulah tabiat si Hilman ini,kepalanya tidak pernah berpisah dari kopiah putih ala-ala Nazrey Johari Raihan itu. Kadang-kadang sampai tertidur sekali dengan kopiah. Cuma ke bilik air sahaja tidak dibawanya sekali.

Fikiranku jauh menerawang. Melihatkan gitar di sebelah, teringat pula aku pada Izan, gadis manis pujaan hatiku dahulu. Dahulu dialah segalanya. Sayang sungguh dulu-dulu. Macam cinta Romeo dan Juliet atau Laila Majnun...hmm...intim sungguh hubungan kami. Aku dan dia seolah tidak boleh dipisahkan. Kami macam belangkas. Ke mana-mana sering bersama. Siapa tidak kenal di kolej, Ady dan Izan merpati dua sejoli yang cukup secocok konon-kononnya. Punyalah sayang dia pada aku sampaikan sanggup pula hadiahkan gitar Ibanez elektrik berharga RM 2,000 ini tapi sekarang,dia sudah pergi meninggalkan aku.Alasannya?

"Awak...bukan saya tak sukakan awak...cuma saya rasa awak lebih sayangkan gitar tuh dari saya...dah jarang-jarang temankan saya...asyik-asyik ngan gitar itu ajer..mana leh tahan...time saya call awak tak der...Hilman cakap awak ke studio..jamming...awak tak pernah fikirkan pasal saya!!"

"Awak silap..saya tak pernah lupakan awak...saya sayangkan awak..cuma saya bz...itu ajer..kalo ader masa saya akan temankan awak cam dulu....i'll promise!"

"Ahh...sudah la...awak..saya dah bosan...lebih baik kuar ngan Is...lagik bagus...!!"

"Oo...ho..dah ader 'balak' baru..patutlah awak sengaja carik pasal ngan saya, kan?"

Pertengkaran dua minggu lepas tidak hanya berakhir di situ, esoknya Izan menyerahkan kembali kunci kereta Kancil pemberianku padanya,tanda perpisahan. Meninggalkan aku keseorangan. Sejak hari itu,aku makin tidak keruan. Aku makin kuat merokok. Kelas pun aku selalu ponteng. Bukan sekali dua aku gagal ujian dah banyak kali. Mak dan ayah manalah tahu, maklumlah sibuk memanjang.

Jadual jamming makin jarang kupenuhi.Kalau aku datang pun aku buat lagu sendiri,tak ikut tempo kawan-kawan langsung tapi Otai tidak pernah faham dan mahu faham keadaan aku.Jack? Lagi lah. Pemain drum yang gil-gila itu. Semua orang tidak memahami masalah aku.Semua orang hendak salahkan aku sedangkan mereka tidak pernah mahu tahu mengapa aku jadi begini!

Cuma Hilman yang selalu bertanyakan masalah aku tapi aku yang masih belum bersedia menceritakan segalanya. Entahlah...berkali-kali Hilman cuba bertanya. Berat rasanya mulut ini untuk membuka buah bicara.

Lamunanku terhenti. Pintu bilik terkuak sedikit.
Oh..Hilman keluar,nak ke mana pula tu? Mungkin pergi membancuh air nescafe di dapur,maklumlah nak berjaga malamlah katakan.

Tidak lama selepas itu kulihat Hilman masuk semula,mukanya kelihatan basah kemudian dia ke locker mengambil kain sejadah dan memakai kemas kopiah putihnya. Teratur sahaja tindakannya. Mungkin dia tidak perasan aku masih memerhatikan. Mungkin dia ingat aku sudah tidur. Maklumlah,hanya lampu studynya yang menyala suasana agak gelap sedikit.

Kulihat Hilman solat dua rakaat. Di sujud terakhir,kuperhatikan lama benar sujudnya. Solat apa ini? Kemudian dia menadah tangan memohon doa. Apa pula selepas ini?
Sekali lagi Hilman kembali berdiri menunaikan solat 2 rakaat lagi. Seperti tadi lama juga dia sujud.

Segala perlakuan Hilman kuperhatikan sungguh-sungguh. Mungkin inilah dia sumber ketenangannya. Mungkin inilah sebabnya mengapa Hilman cukup tenang orangnya.

Selepas sahaja Hilman solat, dia kembali ke meja study mengemaskan mejanya. Aku lantas bangun duduk di katil.
Dia agak terkejut. Mungkin dia ingat aku sudah tidur sebentar tadi.

"Eh...Ady..tak tidur lagi?"

"Hmm...tak boleh tidur la...Man..."

"Kenapa nih..." Lembut suara Hilman memecah kesunyian malam itu. Dia cuma tersenyum, alangkah bahagianya jika aku juga memiliki senyuman setenang Hilman.

"Man...aku serabut sejak akhir-akhir ini...tolonglah aku...." Tanpa kusedari air mata ku menitis. Entah mengapa sebak pula rasa di hati. Hilman cukup tenang sekadar menepuk-nepuk bahuku lantas kuceritakan semua masalah padanya. Hilman mengangguk-angguk tidak menyampuk langsung.

Hening seketika bilik kami. Tidak lama kemudian,Hilman bersuara.

"Ady...aku paham perasaan ko...aku pun pernah kehilangan ..walaupun citer aku tak sama ngan citer ko..masa mak dan abah aku bercerai dulu pun...aku amik masa gak nak terima hakikat hidup aku...tapi pokoknya tetap sama..kiter sama2 pernah ditinggalkan..dan apabila ditinggalkan ...kiter akan rasa keseorangan..kiter akan rasa tak ader sapa-sapa yang sayang kiter..kiter akan rasa kiter nih terbiar...takdir cukup kejam..tak menyebelahi kiter tapi sebaliknya menyeksa kiter...kan? Itu yang ko rasa..kan?"

Aku cuma menggangguk. Memang itulah yang aku rasakan selama ini.

"Ady...camana ko rasa biler dah citer semua masalah pada aku?"

"Rasa tenang..., Man. Rasa kurang sikit berat kepala hotak aku nih..rasa ringan skit..."

"Ko tau tak macam mana nak kasik lebih tenang..?"

"Macam mana?"

"Hmmm..u really wanna know..?"

"Of course...macam mana?"

"Mengadulah pada Allah...itulah yang sebaiknya..sumber ketenangan abadi..."

"Macam ko buat tadi?"

"Tadi aku buat solat sunat taubat..dan solat sunat hajat...mintak diampunkan dosa-dosaku...dimudahkan hidup aku..dijauhkan duka lara....diberi hidayah dan inayah dalam kehidupan...diberi peluang utkku mengenal-Nya..sebelum aku kembali pada-Nya..."

"Ady...actually Allah itu Maha Tahu...kalo kiter tak cakap pun Dia tahu...tapi Dia buat semua nih..sebagai penyebab..penyebab untuk kiter kembali bertaqarrub dengan-Nya..iye la..kiter ini insan...perkataan insan itu sendrie bermaksud pelupa...kiter ini insan yang pelupa...kene diingatkan selalu..bersyukurlah kerana Allah masih ingat pada kiter..."

Aku mengangguk. Ya,mengapa sebelum ini aku tidak pernah terfikir...? Macam mana hidayah dan inayah Allah akan ada sekiranya selama ini aku sendiri menjarakkan hubunganku dengan Allah? Allah itu dekat tapi aku yang terasa Dia jauh kerana aku yang membina benteng dan menjarakkan hubungan itu. Salah aku. Memang salah aku..kalau hari-hari bergaul tanpa batas dengan perempuan bukan muhrim,bersenda gurau bertepuk tampar macammana hidayah Allah mahu menjengahku?

Kalau saban hari berpeluh-peluh jamming di sudio hingga lupa solat konon-konon nak jadi sehebat Kirk Hemmet sampai lupa janji pertemuan dengan Allah..lima kali sehari.Kalau hari-hari bangun pukul 12 tengah hari,subuh terlajak. Kalau hari-hari buat endah tak endah dalam perjuangan menuntut ilmu ponteng selalu, orang seperti inikah layak mendapat perhatian-Nya?

Insan seperti akukah akan mendapat pertolongan-Nya?
Allah..hinanya aku. Kerdilnya aku di sisi-Mu Ya Allah. Serta-merta air mata makin laju menuruni pipi.

KEESOKAN PAGINYA...
subuh: 5:45 pagi

"Man, bangun.. tak lama lagi.. solat Subuh nak masuk nih..."

Hilman terkejut. Aku cuma tersenyum.Ala...sedikit pun aku tidak hairan mengapa Hilman mesti terkejut. Bergegas Hilman ke bilik air, membersihkan diri.

Aku keluar menuju ke pintu di ruang tamu.Ah..segarnya. Alangkah indah pagi ini!
Bintang-bintang menghiasi dada langit subuh.Subhanallah...Lamunanku terhenti Hilman terpaku di muka pintu.

"Jom lah...nanti tak dapat plak duduk saf paling depan" Ujarku tersenyum.

Kulihat Hilman senyum puas lantas berkata,
"Nampaknya aku tak sorang-sorang lagi ke surau tiap-tiap subuh..."

"Oit...Isyak nanti pun..insya-allah ko berteman gak...Otai nak carik gitarist baru...gitar tuh pun takkan ke studio lagi..alamat terperaplah kat bilik tuh..Aku nak lupakan Izan..aku nak lupakan punk rock...metal...aku nak carik cinta Allah..."

Hilman menjeling senang hati, sambil mengangguk-angguk.

"Alhamdulillah...alhamdulillah.." ucapnya seraya menepuk-nepuk bahuku.

"HIDAYAH ALLAH..ADAKAH TERASA?
KALAU MASIH BELUM..CARILAH SEGERA..
DI MANA-MANA IA PASTI ADA..
CUMA DIRI KITA...MUNGKIN MENOLAKNYA...."
( "hidayah"-nahwan nur)

HIDAYAH 2

...WAHAI TUHAN KAMI,KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB NERAKA. DAN CUCURI RAHMAT KE ATAS PENGHULU KAMI NABI MUHAMMAD DAN KE ATAS KELUARGA DAN SAHABAT2NYA SEKALIAN.

....MAHA SUCI TUHANMU,TUHAN YANG MEMILIKI SEGALA SIFAT KEMULIAAN. DAN SELAMAT SEJAHTERA KE ATAS RASUL2 SEKALIAN, DAN SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH, TUHAN YANG MENTADBIR SELURUH ALAM...AMIN YA RABBAL ALAMIN..." Lama aku bertafakur di atas tikar sejadah, di kala subuh ini...terasa betapa kerdil-Nya diri di sisi Allah...kepada-Nya sebaik2 tempat pengaduan....

"Ady...aku nak balik dulu,ek? Nak siapkan assignment,ko jangan lupa lak..sebelum kuar karang...padamkan lampu dan kipas surau nih,ek?"...Pesan Hilman seraya menepuk bahuku perlahan..hampir melatah aku dibuatnya...Astaghfirullah...

Aku membalas dengan senyuman bermakna pada Hilman..sibuk nampaknya ‘room mate’ aku yang seorang ini..maklumlah..sudah tahun akhir..ini merupakan semester terakhirnya sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Mesti banyak kerja perlu dibereskan, maklumlah projek rekabentuk ini mengambil masa yang tidak sedikit...makin kurang kulihat Hilman tidur siang. Selepas Isyak, dia terus ke Fakulti Kejuruteraan,ada mesyuarat kumpulan...itulah rutin Hilman sehari2..pun begitu tidak pernah sekalipun dia ponteng jemaah di surau Al-Hidayah perumahan teres ini..Alhamdulillah...

Jam di dinding surau menunjukkan pukul 6:45 pagi. Ah, sudah cerah nampaknya...suasana hening sekitar kawasan perumahan Taman Angkasa bertukar menjadi hingar bingar...hmmm...iya tak ya..sibuklah..apa tidaknya..semua orang hendak keluar bekerja..mencari rezeki di bumi Allah ini..budak2 sekolah pun..nak bertolak ke sekolah...nasib baiklah kelas aku bermula pukul 11 pagi,tidaklah aku sibuk juga..

"DAN DI ANTARA TANDA2 KEKUASAAN-NYA IALAH TIDURMU DI WAKTU MALAM DAN SIANG HARI DAN USAHAMU MENCARI SEBAHAGIAN DARI KURNIA-NYA...." surah Ar-Rum;23.

Perlahan2 aku bangun sambil melipat sejadah yg kugunakan tadi...nampaknya tinggal aku seorang sahajalah paling akhir meninggalkan surau ini..Setelah memastikan semua suis tertutup, aku lantas menutup pintu surau dan meninggalkan rumah kecil penuh kedamaian itu.

Sampainya di rumah..suasana agak bising..

"Ady..ader pun engko..nasib baik ...eh..pinjam t-shirt Linkin Park ko..jap leh? Kejap ajer..karang aku pulangkan la..." Din bersuara. Kelam kabut sahaja 'house mate' aku ini...ini mesti kes tak basuh baju...

"Amik la..dalam locker aku tuh...baru semalam aku basuh..."

"Alamak..sorry la..brader..sian ko, baru basuh ker..?Aku nak buat harta kejap nih..bleh?He..he..."

"Amiklah..buat jadik harta sendrie pun aku x kesah,Din..aku kasik terus jer kat ko...kang nangis lak..." Aku berseloroh..

"Eh! Betul nih, Ady..iskhh..tak caya aku!! Nih kan ker t-shirt favorite ko..kan?"

"Nak ke tanak? Dah orang kasik tak nak lak...amik lah...aku pun jarang pakai.."

"Yesss!!Bertambah la..koleksi baju aku...thanxx...member!!"

Din keluar rumah sambil menyanyi2 kecil...senang hatilah tu...aku hanya tersenyum..

"Ady..err..tadi..tadi..Izan tpon ko.." Beritahu Hilman sebelum dia ke kelas.

Aku mengerutkan dahi...Izan?
Apa mimpi dia agaknya menelefon aku pagi2 ini? Pelbagai persoalan menjelma di benakku..Aku meneliti handsetku..hmm..ada massage baru..perlahan kutekan butang"ok" pada ‘command ‘ "read".

Hendak jumpa aku? Nak buat apa?Nak sakitkan hati aku lagi? Hatiku membebel..kacau sungguh...’massage’ darinya cukup mengganggu ketenangan aku hari ini...setelah hampir 1 tahun dia meninggalkan aku...kenapa mesti kembali lagi?

Fikiranku jadi agak kusut masai...namun kucuba buang ingatanku terhadap Izan jauh2...ah...biarkan!! Itu bukan matlamatku! Ini..ini baru perjuanganku yang sebenar..perjuangan ilmu!!! Aku gagahi diri..lupakan segalanya..lantas melangkah masuk ke kelas Pengurusan Sisa Pepejal.

"Eh..awal Ustaz datang pagi nih...tak lama agaknya berzikir kat surau hari ini,ek?" Kubiarkan sahaja Otai memperliku...bukan kali pertama..sudah masuk kali ke berapa aku pun tak pasti..setiap kali aku melangkah kaki ke kelas..dan terserempak dengan si Otai dan konco2nya..aku akan disapa dengan kata sindiran dari mereka..

Mungkin rasa tidak puas hati masih belum terkubur di lubuk hati masing2..kerana pengunduran aku setahun yg lalu dari group "New Revolution", kumpulan ini kalah dalam pertandingan. Tidak cukup dengan itu,anggota kumpulan khabarnya di"boo" penonton, apa tidaknya, mereka gagal untuk mencari pemain gitar lain menggantikan aku..akibatnya..gitarist baru masih muda setahun jagung...nak "goreng solo" pun terkial2!!

Habis sahaja kelas..aku cepat2 beredar...tidak boleh lambat2..malam ini ada acara khatam Quran anak2 jemaah surau Al-Hidayah..sebagai AJK surau Biro Teknikal aku perlu pastikan segala2 persediaan teknikal berjalan lancar..silap haribulan kalau mikrofon atau speaker buat hal...habislah...

"Ady!!"

Kudengar namaku dipanggil. Lantas langkah kuhentikan...siapa pula yang panggil aku nih?

"Ady!!, Tunggu kejap.."

“Perempuan? Suara perempuan, siapalah pula perempuan yang tidak tahu malu..memanggil nama aku kuat2..bukannya nak kasik salam dulu.!!!” Hatiku mengomel..

Terkejut besar aku tatkala mengalihkan pandanganku ke belakang..Izan?? Kelu lidahku buat seketika..

Dia juga terpaku memandangku...tidak lama kemudian, dia bersuara..
"Ady..saya tahu awak masih marah pada saya...tapi.."

"Awak nak apa lagi? Cepatlah cakap, saya nak cepat" Kututurkan kata tanpa memandang wajahnya. Entahlah..malas aku hendak bersemuka dengan gadis yang cukup mengingatkan aku tentang kisah duka, kisah pahit, kisah hitam duniaku setahun yg lalu..

"Ady..saya nak cakap ngan awak..sekejap saja..berilah masa kejap.." Izan merayu...suaranya seperti orang hendak menangis..ah,,perempuan itulah senjatanya...menangis..dan sudah menjadi fitrah seorang lelaki..amat kalah dengan air mata perempuan..!!

" O.k lah..."

"Jom kiter ke pangkin bawah pokok tuh...sejuk skit!!"

"Tak payah..sini dah cukup...sana tu..tercorok sangat..bley jadik fitnah plak!"

Izan terdiam...dia merenungku..aku hanya memandang ke arah lain...teringat aku akan sabda rasulullah...

"PANDANGAN MATA ADALAH ANAK PANAH YANG BERBISA DARI ANAK PANAH2 IBLIS. BARANGSIAPA YANG MAHU MENINGGALKANNYA KERANA TAKUT KEPADA ALLAH SWT..MAKA ALLAH AKAN MEMBERINYA KEIMANAN YG DAPAT DITEMUKANNYA KEMANISAN IMAN ITU DALAM HATINYA"

"Awak...awak dah banyak berubah..hampir2 saya tak kenal awak tadi..." Izan memulakan bicara.

"Dan awak masih tak berubah2..."

Aku cepat membalas...memanglah..memang aku sudah berubah...gitar pemberianmu sudah lama tidak kusentuh...kakiku ini sudah tidak kulangkahkan lagi ke Life Studio...dan hati ku ini..hati ini sudah lama tertutup utk menerima cinta dunia..apatah lagi..cinta nafsu..cinta murahan seorang perempuan!

Aku mengerling ke arah Izan..fuhh..trendy sungguh!! Dengan rambut keperangan ala2 mat salleh...badannya disaluti baju t-shirt sendat...yg kukira muat utk dipakai oleh adik aku yang berumur 9 tahun..dia masih seperi Izan yg kukenali dulu...gadis lincah yg cukup pandai bergaya..agaknya ini fesyen terkini pemudi sekarang..

"Saya minta maaf...saya yang bersalah...dulu2 saya tak pk..ini akhirnya..saya ingat saya dah buat pilihan terbaik..tapi saya silap,Ady...Is dah pergi tinggalkan saya..baru saya sedar..dia dasar...playboy...!!"

"Ady..saya sedar sekarang...saya yang bersalah..saya berjanji akan berubah selepas ni...saya janji..asalkan awak..."

"Asalkan saya trimer awak balik? Begitu?"

Kukira aku sudah punya kekuatan sekarang..menangislah ,Izan walau keluar air mata darah sekalipun...hati ini takkan cair oleh pujuk rayumu lagi!!

"Sudahlah..Izan..lebih baik awak balik saja ke London...sia2 saja awak datang ke sini...things will never ever be the same again!!"

"Saya tak bley trimer awak...sebab kalo saya trimer awak bermakna membenarkan diri saya utk kembali pada dunia saya yg gelap,kotor dan hitam itu kembali...saya tak nak kembali pada jalan yg dulu,Izan..saya nak berhijrah...dan saya nak bersihkan diri saya..yang kotor dan alpa ini...."

Izan cuma membisu...

"Saya tak salahkan awak 100%...memang saya ada buat salah gak pada awak dulu...salah saya kerana terlalu asyik dengan keindahan dan keseronokkan dunia yg sementara..dulu saya jahil..waktu tu saya tak sedar...saya makin jauh dari Allah..makin jauh daripada perhatian-Nya...cukuplah..cukuplah sekali saya buat silap..saya tak nak lakukan kesilapan buat kali ke2 dalam hidup saya.."

"Berilah saya peluang, Izan..peluang utk saya perbaiki diri saya kembali...saya tak nak perjalanan saya mengenal Allah terganggu kerana awak..saya lemah...hendak bangunkan diri sendrie masih terkial2..apatah lagi nak bimbing awak..apalah daya saya...saya harap awak tolonglah jangan ganggu saya lagi!!"

Kulihat Izan menangis teresak2..aku cuma memerhati..."Ah, tak kuasa aku nak pujuk2...!!!" kata hatiku..

"Izan..actually saya dah lama maafkan awak...Cuma satu pesan saya...jadiklah muslimah yg solehah..ingatlah..perempuan itu hiasan dunia..sebaik2 perhiasan adalah wanita yg solehah......"

"Kalo awak nak tahu...berpisah dengan awak setahun yg lalu adalah permulaan kepada jalan kebaikan yg saya tempuhi dalam hidup saya...terima kasih kerana kerana menolak cinta saya dulu...,Assalamualaikum..!!”

Esakan Izan semakin kuat dan hiba...sekuat tenaga kakiku melangkah pulang....

Kukira aku telah menang…menang kerana aku telah menolak cinta dunia..yang penuh dengan bayangan nafsu durjana…bagiku..ini masa aku bertaqarrub dengan-Nya..mencipta rindu dan cinta pada-Nya…maafkan aku, Izan!!
HIDAYAH 3

".... THE PROPENE AIR MIXTURE THEN ARRIVED AT THE BURNER ASSEMBLY WHERE IT IS BURNED. DESCRIBE THE POTENTIAL PROPENE RELEASE, SCENARIOS FOR THIS EQUIPMENT...."

"Allah...apo ko bondo soalan nih...?" Hatiku membebel sendiri...apa la..soalan ini..tak faham langsung aku...

"Eh!! Ko siap tak lagi tutorial Safety nih? Nak buat camana, ek? Pening aku...!!!" Raudhah bertanya...isskkhhh...tanya kat aku pula..mana la aku ini tahu...

"Entah lah Raudhah..aku pun tak tahu nih...agak-agak... Dr. Wan Ashri nak tanya tak?”

"Don't know...hopefully not...!! He..he.."

Raudhah tersenyum nakal..gelihati pula aku jadinya dengan tingkah gadis ini...hairan juga aku...budak cerdik pandai macam dia ini pun sesekali tutorial tidak dibuat juga...hmm...mungkin terlalu sibuk dengan projek rekabentuk...macam Hilman juga...

"Assalamualaikum, sahabat!" Perlahan bahuku ditepuk..sah! Ini tidak salah...mesti Hilman..memang stailnya begitu ..suka sangat menepuk bahu aku...

"Waalaikummussalam...lama aku tunggu ko..."

"Eh,tunggu aku juga ke..? Sapa yang tergesa-gesa pergi fakulti hari ni...sampaikan terlupa bawak cermin mata nih....Ady..Ady...buat apa kelam kabut sangat?"

" La...iskkhh..camana terlupa lak...hehe..nasib baik ko kasik...kalo tak...hmmm...'pinjam' mata ko jap le...bley?"

"Dah siap keje? Ady..Ady..camana keje nak siap..notes minggu lepas ko dah salin ker?”

Memang aku tidak salin lagi nota subjek Keselamatan minggu lepas...minggu lepas aku ke klinik..sakit perut..tak sangka..gastrik lak aku ni...Hilman ini macam tahu2 sahaja..macam mana pun..syukran jazilan sahabat...!!!

Habis sahaja kelas hari itu...Hilman mengajak aku makan tengah hari di Kompleks Perdana Siswa...

"Jaga2 Ady..ko jangan makan benda-benda pedas...nih...jangan selalu sangat minum air teh ais..tak elok..amalkan minum air suam aja...better jugak kalo ko minum air laici..."

"Sudah..sudah...isskkhh..ko nih membebel cam mak nenek la...rimas aku tau!!"

Hilman sekadar tersenyum...Hilman yang kukenali sejak dahulu lagi, cukup pemurah dengan senyuman..dan aku yakin kerana senyuman inilah...ramai siswi tergila-gilakan Hilman ni...kelakar pula rasanya...tapi yang menghairankan..satu pun tidak dilayan Hilman....entahlah..perempuan macam mana pilihan teruna yang seorang ini...

" He..tak nak aku terlibat, Ady..iman tak kuat lagi...banyak tanggungjawab,beb!" Itulah alasan Hilman setiap kali persoalan ini kuajukan padanya...

"Hm..tak lama lagi..cuti Tahun Baru Cina..ko nak drive balik Melaka ker..atau nak balik naik bas aja? Aku nasihatkan baik ko naik bas...bukan apa aku tak caya la..ko drive sorang-sorang..nanti sakit tiba-tiba...camana?"

Balik kampung? Ah...balik atau tidak aku kali ini..entahlah..sejak balik beraya bulan lepas...semakin tawar hati rasanya aku untuk pulang lagi ke kampung...entahlah..mengapa aku mesti berperasaan begitu...

"Ady? Dengar ke idak?"

"Oh..apa tadi? Balik kampung? Hmm..tak tahula lagi, Man...rasanya tak kot" Ringkas sahaja jawapan ku...lalu kuhabiskan nasi ayam..butir bicara tidak terkeluar dari mulutku selepas itu..aku hanya membisu..dan sesekali mengangguk-ngangguk cerita Hilman...

Selepas solat Isyak...

" Untuk membina sebuah keluarga bahagia yang islamik...yang terpenting adalah peranan ketua keluarga sendiri..iaitu peranan bapa..Bapa perlu bukan sahaja memastikan makan pakai anak-anak dan isteri cukup dan teratur..tetapi juga perlu sentiasa memastikan para ahli keluarganya...sama-sama mengamalkan kehidupan berlandaskan Islam...itu tanggungjawab bapa...dan..."

Kata-kata Ustaz Khalis masih terngiang-ngiang di telingaku..sukar untuk melupakan rangkap kata itu...serta merta ingatan ku terlonjak pada...bapaku...apa khabar beliau sekarang..? Semalam berangkat ke Australia, atas urusan perniagaan..

"Allah...." Tidak ku sedari keluhan ku itu dari bibir ini...

"Kenapa, Ady?"

"Eh...tak der pa per"

"Ady..ko cakap tgh hari tadi..ko tak nak balik kan? Apa kata kita balik Perak? Nak?"

Balik Perak..maksudnya balik ke kampung Hilman..hmm..bagaimana, ya?

"Nak ke tak nak? Jom la...aku memang dah lama berhajat nak ajak ko balik sekali..nih..aku beli dua tiket balik Perak nih..camana?"

"Boleh gak...Man..tak penah lagi aku ke Perak...at least..new experience..kan?"

Hilman cuma tersenyum...

Perjalanan ke Kamunting, Perak..agak meletihkan..apa tidaknya..selama 4 jam terpaksa terperuk di dalam bas Plusliner..sesekali bas berhenti juga..itupun sekadar 15 minit..cukup untuk ke tandas sahaja..

"Penat?" Hilman bertanya..

Aku cuma tersenyum...

" Penat la..Man..bosan lak tuh...lenguh kaki aku nih..."

"Macam orang tua pula..."Hilman berseloroh.

--------------------------------------------------------------------------------------

Sampai sahaja di stesen bas Kamunting Raya..kami cepat-cepat menuju ke arah surau berdekatan. Selepas selesai Solat Jamak, teksi ditahan.

"Kene jalan skit...maklumlah jalan kampung,kan? Ko tak kesah ke?"

"Tak ah..sesekali ...kalo banyak kali..aku kesah la.."

Hilman ketawa kecil...gelihati mendengar kata-kata ku tadi...

Perjalanan menyusuri kampung Hilman menuju rumahnya..cukup menenangkan...di tepi jalan terhampar luas sawah padi menguning laksana permaidani indah keemasan...subhanallah...Maha Suci Allah yang menciptakan alam raya ini...rumah-rumah kampung tersusun rapi...comel pula rumah-rumah ini pada pandanganku..

"Ha..dah sampai pun...maaflah..Ady..rumah aku tak seselesa umah ko..rumah kampung la..katakan...buatlah macam rumah sendiri ya?"

Kehadiran kami disambut riang keluarga Hilman..kulihat Hilman berpelukan dengan ibunya..serta dua orang adik nya..seorang lelaki dan seorang perempuan, menurut Hilman, Haikal berumur 17 tahun manakala Hidayah pula mencecah 8 tahun. Serta merta hatiku terusik..Allah..betapa akrabnya hubungan kekeluargaan mereka..kalau aku pula..setiap kali balik ke rumah...jarang sekali bertemu muka dengan ibubapaku..sering sahaja mereka out-station..yang ada cuma adik bongsu perempuan bongsuku berumur 9 tahun..Aliff? Adik lelakiku yang seorang itu jarang2 berada di rumah..kalau tidak ke studio untuk jamming, dia pasti melepak-lepak di rumah kawan-kawannya..jarang kami berkomunikasi apatah lagi beramah mesra.

“Jemputlah makan…Ady..ini ajerlah yang ada…” Kata emak Hilman sewaktu menghidangkan makan tengah hari.

“Tak apalah makcik…hmm…ada pucuk ubi…saya suka ni..makcik!!”

Makcik Halijah tersenyum. Seperti Hilman, emaknya juga saling tak tumpah sepertinya…cukup pemurah dengan senyuman. Kami berbual sedikit sebanyak sewaktu makan. Pada awalnya, Hilman membacakan doa makan,alhamdulillah terasa sungguh suasana Islamik di rumah Hilman yang cukup tenang ini.

Kuperhatikan kediaman Hilman ini..ya...biasa sahaja..rumah kampung..tiada hi-fi atau komputer cuma ada televisyen dan radio sahaja. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan bahawa hiburan bukanlah kecenderungan utama penghuni rumah ini. Solat jemaah menjadi amalan, menurut Hilman, sepemergian dia ke kampus, adiknya Haikal akan mengimami solat jemaah di rumah, itupun kadang-kadang kerana dia juga seperti Hilman, ‘kaki surau’. Jadi menjelang Maghrib membawa ke Isyak, tinggallah emaknya dan adik perempuannya sahaja.

Terfikir ku berkali-kali apakah yang menyebabkan keluarga ini begitu sempurna pada pandangan aku? Ah..sempurnakah hidup tanpa kasih sayang seorang ayah? Tingkahku sendiri.. ini juga persoalan yang sering bermain di benakku…ke mana perginya ayah Hilman setelah bercerai? Tidak pernah kuajukan soalan itu pada Hilman…walaupun kusedia maklum penceraian emak dan ayahnya. Mengapa? Ah..tidak perlu menjadi seorang penyibuk, mencungkil semua rahsia keluarganya.

Penyibukkah aku? Biarkan sahaja…patutnya aku koreksi diri sendiri…lihatlah aku…ada segalanya..keluarga, wang, ringgit, keselesaan…tiada sebab yang jelas untuk ku tampilkan sebagai alasan mengapa konsep Keesaaan Allah itu kuketepikan..ya..tiada sebab, tapi kutahu mengapa aku jadi begini…kasih sayang dan ilmu…ya…dua benda yang melompongi hidupku selama ini…Masih sempatkah kembali memulihkan segalanya? Masih sempatkah merubah sesuatu yang telah lama menjadi amalan? Berupayakah aku melakukan perubahan dalam diri dan keluarga…? Masih….

Pap! Sekali lagi bahuku ditepuk…

“Jauh mengelamun, pakcik? Dah sampai ke mana dah..?” Hilman bersuara..

“Hm….entahlah..sampai ke Afghanistan rasanya…macam mana agaknya Osama Laden sekarang ek? Agak-agak ko… dia still hidup ke…tak?”

“He..he…bagus sahabat aku nih…sempat lagi memikir bab-bab global ni…ehem…cakaplah…ingatkan si buah hati ke…?”

“Eh..ke situ pulak engko ni…tak derla…tak memikir pun pasal pompuan tu..aku dah buang dia jauh-jauh dari pikiran aku..jangan risau, Man, sahabat ko yang seorang ini takkan menjadikan perempuan sebagai matlamat hidupnya…”

“ Chewah…bersemangat nampak! Memanglah…perempuan, harta,pangkat bukan matlamat hidup kita…Cuma aku risau..dengan ko ni..”

“ Risau..? Kenapa lak? Eh…sakit gastrik aku dah makin pulih dah tau…”

“ Bukan pasal tu…tapi pemikiran ko..persepsi ko terhadap perempuan ni..pada aku dah berubah sangat-sangat…Ady…bukan semua perempuan itu racun dalam hidup lelaki..ko kene ingat tu…pada aku..aku sentiasa kagum dengan seorang perempuan ni…sampai bila-bila pun…”

“ Sapa lak tu…ha..ader buah hati dah ek? Teruk ko , Man..ader awek tanak kasik tau…cakaplah sapa yang bertuah tu?”

“ Heheh…ader…dia ader kat sini..”

“Mana? Orang kampung ko ker…? Ciss…bercinta satu kampung..patutlah selalu balik kampung…!!”

“Nak tau? Aku rasa ko dah kenal dia nih..”

“Eh…mana ader..mana? Mana? Nak ziarah dia ke..?”

“ Tak yah ziarah-ziarah…tu..yang tengah menyapu kat laman tu…itu la..kekasih hati aku..insan paling aku appreciate…paling aku kagumi..paling aku sayangi..sampai bila-bila…”

La…emak dia rupanya…sebegitu tinggi penghargaan dia pada emaknya..beruntunglah Makcik Halijah melahirkan seorang anak yang cukup soleh..cukup menghargai kedudukannya sebagai seorang ibu…malu pula pada diri sendiri..aku? Entahlah…biasa sahaja…perasaan sayangku pada emak dan ayah..tidaklah sekuat Hilman..mengapa? Aku tidak pasti…betapa keras hati ini…Cuma aku rasa…aku yang tidak dihargai…di rumahku sendiri…aku seolah-olah tidak wujud di sana…mengapa,ya?

Mengapa rasa sayang dan kasih pada kedua-dua insan itu tidak begitu subur? Malah dalam banyak perkara aku menyalahkan mereka…ya…aku rasa aku tidak salah berperasaan demikian..ada sebabnya…ada sebabnya mengapa aku berperasaan begitu…
HIDAYAH 4

"Ady..bangun!! Dah pukul 1 dah ni..nak masuk Zohor, kang!!"

Astaghfifirullahalazim...terkejut betul aku dibuatnya..Hilman nih..kacau betul, baru aku termimpi makan nugget KFC. "kaco daun tul..." bebel hatiku.

*"SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MENGHIDUPKAN KAMI KEMBALI SESUDAH DIA MEMATIKAN KAMI DAN KEPADA-MU TEMPAT KAMI KEMBALI"

"Ni..ko nak nota yang mana, Mir? Aku ader banyak ni..jap, aku check..nih..ha..err..DYNAMIC AND CONTROL, REACTION 2, THERMO 2, PENGURUSAN...aaa...ni PHYSICAL CHEM..."

"Eh! Banyaknya! Tapi rasa-rasanya thermo 2 dan pengurusan tak yah la..kot. Aku tengah amik sem nih.."

Eh! Suara siapa pula tu? Tak biasa dengar lagi. Ah..malas betul nak bangun, waktu-waktu kritikal begini..memang enak dibuai mimpi lagi, tambahan pula hampir-hampir waktu Zohor Ah..tak boleh jadi..kena bangun!!

Serta merta aku bangun sambil menggosok-gosok mataku yang tidak gatal..kaburnya..tak nampak satu benda pun!

"Man...cermin mata aku..."

"Nih ha.." Hilman mengunjukkan cermin mataku yang berkuasa 350 dan 400 itu.

Masih termanggu-manggu di atas katil. Kulihat bilik sudah bertukar wajah sedikit-agak berselerak, dengan buku-buku dan nota bersepah di sana sini. Di tengah-tengah ruang berhampiran meja Hilman pula ada sebuah kotak penuh berisi nota-nota kuliahnya dahulu.

"Ha..bangun pun..sudahlah Ady..pi bilik ayaq nuh..menangguh-nanggunh tu keje syaitan..." Hilman mengingatkan.

Kulihat Hilman begitu sibuk menyusun semula nota-nota tadi. Namun pandanganku tidak terlepas pada seorang hamba Allah, kukira dia ini kawan Hilman...macam kenal pula..tapi di mana, ya? Rasa-rasanya di bilik kuliah BK205..eh..tak..kat surau pun aku pernah terserempak dengan wajah itu...

"Er..nih..Ady..ko kenal tak ni?"
"Er..entahlah ..heheh..aku tak pasti la.."
"Ni, Zamir, course-mate kita"

Course-mate? Patutlah macam kenal. Zamir menghulurkan tangan tanda perkenalan.

"Saya, Zamir"
"Er..saya, Ady..Ady Hakimi"

Zamir sekadar tersenyum..seorang lagi klon si Hilman..saling tak tumpah rupa macam Hilman..orangnya kecil dan rendah sahaja...cuma ada bezanya..ya..kopiah agaknya..Zamir kopiah hitam..Hilman kopiah putih...'cool' sahaja orangnya..

"Man, aku kuar dulu, ek? Tak lama masuk Zohor kang..nak aku tolong ko kemaskan?"

"Eh! Tak yah la..aku ley buat sendrie..ko antar la notes nih ke umah ko dulu..jumpa karang kat surau.."
"Insya-Allah, aku gi dulu, Man, Ady..A'kum!"

"Dia dulu asasi bukan kat induk UM..tak sekali la ngan kiter...kemasukan tahun 1 pun tak skali ngan kiter.." Hilman menerangkan satu persatu..seolah-olah dia tahu persoalan yang bergolak dalam otak aku sekarang ini.

"Oo...ye ke..patutlah..macam kenal, tapi macam tak kenal lak...lelaki lak tu..kalo pompuan..Insya-Allah kenal" Aku mencelah sambil tersenyum nakal.

"Oo...kalo siswi..tahu jer ek? Agaknya..siap nombor matriks ko hafal.." Hilman menambah geram.

"He..he...rileks la..itu Ady yang dulu la...sekarang..no woman no cry!"

Hilman tersenyum seraya mengangguk-ngangguk.

"Aku nak gi surau dah ni..ko?"
"Tak kot..mana sempat, Man..baru nak 'bersiram' ni.."
"Hm..ok la..camtu..anyway..selamat jalan, ya? Sampaikan salam aku kat family ko.."

Lantas tangan kami berpautan.Hilman menggenggam erat tanganku.

"Take care..enjoy la balik kali nih..ek?"
Enjoy??? Entahlah...hendak pulang sesekali pun terasa berat hati ini..apatah lagi nak rasa gembira untuk balik ke Melaka..kembali bertemu mak, abah (mungkin), Aliff(kebarangkalian untuk jumpa juga rendah) dan...Amira..ya!

"Along balik tau? Mira tunggu.."

Suara manja adikku Amira tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga. Suara itulah sahaja yang manjadi satu daya tolakan paling besar untuk aku kembali ke rumah. Tidak sampai hati rasanya untuk menghampakan harapan adik bongsu kesayanganku itu..rindu pada hilai tawa dan rengekan manjanya..aku tersenyum sendiri mengenangkan wajah comel itu..mengingatkan itu bergegas kuaturkan langkah menuju ke bilik air...BALIK!!!

--------------------------------------------------------------------------------------

SABTU: 9:30 MALAM.

Greenday, Nirvana, Linkin Park, Rage Against The Machine..fuh..banyak sungguh! Kurenung kembali satu persatu koleksi kaset-kaset dan cdku..banyak..agak-agaknya..berapa ringgit telah kuhabiskan untuk semua ini? Mungkin ratusan atau ribuan ringgit...hmm...

Sejak tingkatan lima lagi..minatku lebih menjurus pada rentak agresif.. "tak mainlah lagu-lagu lentok..jiwang...tak brutal langsung...!!" Itu kata aku bila ada yang bertanyakan pasal muzik pada aku. Minatku bercambah daripada muzik punk rock..Greenday- band kegemaranku pada ketika itu, kemudian merebak pula pada punk-Sex Pistols, Rancid..tidak cukup dengan itu..ditambah pula dengan irama segar New Wave Metal-Koffin Kanser, Blind Tribe, Soulfly..dan yang terkini lagi sensasi, rapcore-Linkin Park..atau seganas Korn!

Paling tidak dapat kulupa, masa di tahun 1 dahulu, cubaan pertama yang sungguh berani.. kekaguman aku yang melampau-lampau pada imej Aru-vokalis Koffin Kanser, menyebabkan aku sanggup pula berambut dreadlock..akibatnya awal-awal lagi ditahan oleh 'pakcik guard', sewaktu aku melangkah bangga menuju ke kolej kediaman kesebelas.

Betullah kata Hilman, muzik memberi kesan bukan sahaja pada pemakaian mahupun 'attitude' tetapi juga kepada HATI. Kerana berjinak-jinak dengan benda-benda lagha inilah aku lebih mengenali siapa Sid Vacious atau Kurt Cobain atau Max Cavalera lebih daripada junjungan kita,Nabi Muhammad SAW apatah lagi riwayat hidup para sahabat baginda!

Benarlah firman allah:

...YANG DEMIKIAN ITU ADALAH DISEBABKAN KERANA KAMU BERSUKA RIA DI MUKA BUMI DENGAN CARA YANG TIDAK BENAR DAN KERANA KAMU SELALU BERSUKA RIA (dalam kemaksiatan)
surah Ghafir:75

Mataku meliar merayapi setiap ceruk bilik. Pandanganku terhenti pada satu objek di sudut bilik, berhampiran rak buku.

Iskh..kalau diikutkan hati, mahu saja kubuang gitar kapok ini..tidak guna disimpan lagi, buat sakit hati sahaja. Tapi...ada baiknya disimpan ..sebagai kenangan..ya..kenangan yang menyimpan seribu satu kisahku menulusuri zaman 'jahiliyyah'- satu detik masa di mana aku pernah hanyut dibuai arus duniawi..

Bukan mudah untukku muhajadah diri, perlu kekuatan dan sokongan. Sedaya upaya kucuba elakkan hiburan dari mendominasikan diri ini lagi. Hiburan dalam Islam tidak salah, tetapi naluri hati ini terlalu jauh menerokai erti sebuah hiburan hingga menggadai kesucian Islam itu sendiri.

" Along..along nak mainkan lagu untuk Mira ke?"

Tersedar kembali..balik ke alam realiti..rupanya Mira sedang berdiri di muka pintu bilikku yang sememangnya tidak berkunci. Di tangannya tergenggam erat F@N Groovy Grape, minuman kegemarannya.

"Eh! Mira, Along tak prasan pun..mari sini, tolong along kemas bilik"

Amira mendekatiku..

"Along..tolong bukakan penutup botol ni..Mira dah cube tapi tak bolehla..."

Aku tersenyum.

"Mira..Mira..kan along da pesan..tak baik minum air grape ni..manis sangat..kang gigi rosak"

"Gigi rosak..tak ader!!"

Amira cuba mengajuk iklan Colgate yang cukup popular satu ketika dulu..kelakar pula bunyinya..seketika kemudian kedengaran hilai tawa aku dan Mira...Mira...Mira!!

"Along nak buat apa, kumpul manyak-manyak kaset along ni?"
"Along nak buang"
"Buang? Nape? Along tak suka ke? Rosak dah ke? Dulu-dulu along suka tapi nape skang along tak suka lak?"

"Heheh...itu dulu, k? Sekarang along nak kemaskan bilik ni..kaset-kaset ni kasik semak bilik along je.."

"Tapi, along.."

"Mira..Mira tolong along, k? Nanti besok petang along bawak Mira jalan-jalan..nak?"

"Nak!!"

Dan malam itu kami penuhi dengan kerja mengemas bilik..Kasihan Amira..tak rehat langsung..rajin sungguh adikku ini..Bilikku kini kembali bertukar wajah..tiada lagi poster Limp Bizkit atau kaset mahupun cd lagu-lagu lagha...alahmdulillah..

Amira tersenyum puas..begitu juga aku..sewaktu meninggalkan bilik...Amira berkata...

"Along..along belikan aiskrim ajelah..kat Mira sok..Mira tak naklah kuar ngan along.."

"Eh! Nape lak nih? Kan Mira da janjikan?"

"Tak jadiklah..along...baru Mira teringat...mak cakap...abah balik esok petang tau? Mira nak tunggu abah!"

Mira lantas menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu sambil menyanyi2 kecil...dan serta- merta senyumanku pudar...

BERSAMBUNG...
*doa bangun tidur.

HIDAYAH 5

Pukul 9:30 malam.Aku baru sahaja selesai berjemaah solat Maghrib dan Isyak dari masjid Al-Amin..baru sahaja aku mencecah kaki ke muka pintu..

"Crawling in my skin...
These wounds they will not heal..
Fear is how i fall..
Confusing what is real..."

Itulah rangkap lagu "Crawling" dendangan kumpulan Linkin Park..cukup kuat bunyinya..seolah2 mahu pecah isi rumahku ini..bingitnya telinga!! Siapa punya kerja ni? Ini tak lain tak bukan..mesti kerja si Aliff! Sudahlah semalam langsung tidak nampak batang hidung, sewaktu abah pulang dari Australia pun dia masih menghilangkan diri...apalah nak jadi dengan adik lelakiku yang seorang ini..

"Aliff!!!"
"Aliff!!!!!!!!!!!!!!!"

Panggilanku sia2 sahaja..seperti dirasuk hantu, kulihat Aliff menari2 sambil menghangguk2kan kepalanya..pelik sungguh...sudah hilangkah kewarasan fikiran, hinggakan panggilan aku tidak dihiraukan?

Aku tidak boleh bersabar lagi..laju langkahku menuju ke arah hi-fi Sony di ruang tamu,lantas kuperlahankan nada bunyinya.

Ariff tersentak. Aku hanya terpaku berdiri berhadapan dengannya,bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, manalah tahu diterajangnya aku. Maklumlah jika dibandingkan dari saiz badan,sememangnya tubuh aku kecil berbanding Aliff.

"Ape along nih...!!! Orang nak enjoy pun kaco!!"

"Angah..beringatlah sikit..hari kan dah jauh malam..bising sangat ni...sian kat mak, abah...Mira nak study kan terganggu.."

"Argghhh...tepi la!! Kaco jer...!!"

Aliff makin naik berang apabila aku enggan mengubah posisiku..memang sengaja aku berdiri di situ agar Aliff sukar untuk meninggikan nada hi-fi ini. Lantaklah!!

"Woi...!! Ke tepi la...eh...jangan nak tunjuk alim kat sini la.."

Aku sekadar memekakkan telinga..

"Aliff...kang along kasik tau kat abah kang...." Aku cuba mengugut, walaupun kutahu itu semua sia2 belaka.

"Reportlah!! Macamlah orang takut...heii...kalo nak jadik ustaz..nak mengajar...nak berceramah..nak kasik tazkirah...bukan kat sinih...tu..sana tu..kat masjid...tahu tak..kat masjid...masjid!! Sini bukan masjid..ok?"

Pedihnya telinga..sakitnya hati Allah sahaja yang tahu..sabar..Ady! Sabar!!

"Angah...along bukan bermaksud nak jadik ustaz atau apa..tapi along cumer mintak angah slowkan volume hi-fi ni..itu ajer.."

"Sudahlah, ustaz...buat2 baik konon...macam bagus...along ingat along dah pakai kopiah...simpan janggut tu kire hebat ke...sampai boleh perintah2 orang tak tentu pasal...hey...ingat mak ngan abah suka sangat ke kat along tu...sedar la diri tu skit..!!!!"

Allahuakbar..!! Ya Allah..tabahkan hati hamba-Mu ini!!!

"Nih..apa hal bising2 nih...?"
Abah bersuara sambil menuruni anak tangga. Mak juga mengekori dari belakang.

"Along ni,bah...tak pasal2 suruh orang tutup hi-fi nih..!!"

"Eh! Taklah abah, Ady cuma suruh angah slowkan ajer..bukan tutup terus..." Sedaya upaya kucuba pertahankan diri...

"Sudahlah tu... ko ni pun satu,Ady..salah ke adik ko nak pasang hi-fi? Selama ni pun abah tak penah larang dia buat camtu...!!! Jangan nak memandai2 lak!!"

Respon abah cukup memeranjatkan aku. Kukira abah dapat membuat penilaian yang sewajarnya dari insiden ini..takkanlah dalam hal sebegini aku masih disalahkan,sedangkan aku tidaklah menengking Aliff apatah lagi meninggikan suara walaupun aku boleh berbuat begitu..

"Tapi, bah...Ady..cuma.."

"Sudah!!!Abah tak nak dengar lagi!!!"

Abah dan mak terus berlalu menuju ke anak tangga. Aku fikirkan, mak akan berkata sesuatu untuk mempertahankan aku..tapi harapan ku hanya imaginasi belaka..

"Tengok tu..sapa yang menang sekarang? Sedar diri tu skit..berlagak tak tentu pasal!!"

Aliff kemudian menolak kasar tubuhku..lantas suasana kembali seperti 15 minit tadi..hingar-bingar...tanganku terketar2 menahan marah. Aku terus melangkah laju menuju ke bilik. "Sabar,Ady..sabar,jangan diikutkan rasa marah tu...orang yang paling kuat adalah orang yang sabar menahan marahnya.." Aku cuba memujuk hatiku.

Pintu bilik kukuak kemudian kukuncikan. Lagu Linkin Park masih lagi berkumandang...duduk di rumah terasa macam duduk di disko pula...apalah nasib aku ni...aku selalu mengharapkan aku akan memperoleh ketenangan bila pulang ke rumah,maklumlah hidup sebagai seorang pelajar kejuruteraan kimia sudah cukup untuk membuatkan kepala aku semakin pening dan sakit.

Aku berjalan malas menuju jendela....tiada bintang kelihatan pada dada langit malam yang suram....gelapnya..hendak hujankah? Langit malam yang gelita ini seolah2 mewakili hatiku yang muram dan sedih...begitulah hati ini...

Sampai bila aku harus bersabar? Insiden tadi sudah cukup untuk membuktikan segalanya. Aku dilayan seolah2 aku tidak wujud di rumah ini...apa salah aku? Salahkah aku cuma untuk berubah? Berubah pada satu tingkatan yang lebih baik? Dan salahkah aku untuk menegur dan bersuara sedikit? Salahkah..?
Serta merta air mata menuruni pipi...ah..lemah sungguh diri ini, Ya Allah!!! Sedikit ujian yang Kau berikan aku telah tewas..menangis tidak dapat menyelesaikan segalanya!

Fikiranku melayang jauh…lantas kenangan ku di Perak muncul kembali..satu demi satu wajah2 yang kukenali tergambar di kotak mindaku.. Makcik Halijah..Hidayah..Hilman..dan…Haikal..

Mengenangkan Haikal membuatkan hatiku semakin sayu…apakah sudah ketentuan Ilahi maka aku tidak bernasib baik tidak dapat dikurniakan seorang adik lelaki sebaik Haikal..masih kuingat lagi, sepanjang percutianku di sana, hubungan aku dan Haikal amat mesra…entahlah sukar untukku tafsirkan dengan kata2…alangkah bahagianya punyai adik sebaik Haikal..jika dibandingkan kedua2: Haikal dan Aliff..ah…bagaikan langit dan bumi…terlalu dalam jurang perbezaannya..

Pastinya ada hikmah atas setiap kejadian yang ditakdirkan-Nya..ya..itu sudah pasti…kehidupan kita berbeza, Hilman! Engkau lain..dan aku juga menjalani cara hidup yang berlainan..kita datang dari latar belakang keluarga yang jauh berbeza… kesusahan dan keperitan hidup menyebabkan keluargamu menjadi cukup bahagia dan sempurna…allah…keluhku lagi…
Tapi aku…? Aku juga bersalah dalam hal ini…waktu dahulu..aku juga yang mengajarkan Aliff bermain gitar kapok…belumpun Aliff khatam Quran akulah jua yang mengenalkannya dengan muzik lagha yang aku gemari…Aku rasa bangga bila Aliff yang berumur 11 tahun sudah pandai bermain gitar…astaghfirullahalazim…sebenarnya akulah punca segalanya..

Tapi..wajarkah aku seorang yang menerima hukumannya? Aku akui memang aku yang mendekatkan Aliff kepada benda2 yang tidak berfaedah…tapi semua ini takkan berlaku andainya mak dan abah sudi membawaku ke jalan yang benar…mak dan abah tak pernah menegur sikapku..tidak pernah…dan sikap kedua2nya itu seolah memberi satu “green light” untukku meneruskan sahaja caraku ini..jika putih..pun putihlah…jika hitam..hitamlah..malah bertambah hitam…gelap!!

Bukan aku ingin menyalahkan mereka..aku sayangkan mereka…tapi sesekali jika memikirkan betapa perit dan sengsaranya mencari jalan pulang sendiri…hatiku menjadi jengkel…terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan keluargaku…apa yang harus aku lakukan? Jika keadaan ini masih berterusan…apakah mampu untukku merubah segalanya?

Perlahan2 aku ke bilik air…lantas berwudhuk…

“SESUNGGUHNYA HANYA KEPADA ALLAH AKU MENGADUKAN KESUSAHAN DAN KESEDIHANKU..” surah Yusuf:86

USOLLI SUNNATAL HAJATATI..RAK’ATAINI.LILLAHI TAALA…ALLAHUAKBAR!!!

BERSAMBUNG…………
HIDAYAH 6

"Mira..bley along masuk?"

"Aaa...along ker..kejap,ek?!"

Pintu bilik terbuka..Mira tersenyum riang...

"Ha..buat aper dalam bilik kunci-kunci pintu, hah!! Tulis surat cinta..ek?"Usikku.

"Tak ah!! Along nih jahat la.."

Pandangan Amira tertumpu pada beg pakaian yang kubawa.

"Along nak pegi mana, nih? Siap bawak beg..along nak balik ke? Bukan ker along cakap along nak stay sini sampai Selasa nih..along cakap along nak belikan aiskrim kat Mira...Nape..."

"Syhhhtt...along da belikan aiskrim tu..ader dalam peti sejuk, nanti Mira makan tau aiskrim tu..."

"Tak nak!! Mira nak makan ngan along..."

"Tak boley...Mira..along..along nak balik KL nih..."

Kening Amira berkerut.. inilah waktu paling sukar untukku..aku telah memungkiri janji pada Amira...tapi aku terpaksa..tidak ada jalan lain lagi dalam waktu terdekat ini...Aku perlu pergi untuk menenangkan hati dan perasaan ini.

"Tapi kenapa..."Sayu hati tatkala mendengar pertanyaan Amira.

Aku merapati adik bongsuku itu..jari kecilnya kugenggam erat.

"Along ader keje skit kat sana...OK? Malam tadi..kawan along call..dia cakap..along kene balik petang nih..gak!!!"

Terasa bersalah pula aku kerana telah membohonginya..ah..budak-budak..apalah yang dia tahu..

"Sunyilah Mira nanti.." Wajah comel itu semakin redup. Ada air bergenang di kelopak matanya.

"Mira..maafkan along, k?"

Kupeluk erat tubuh Amira..sedihnya hati Allah sahaja yang tahu.

Aku melangkah lesu menuruni anak tangga menuju ke muka pintu..Amira mengekori dari belakang..sampai di pintu pagar...

"Mira..nanti..kalo abah, mak dah balik..sampaikan salam along pada mereka..cakap...along mintak maaf banyak-banyak...kay? Kat angah pun..along rasa dia tengah tido dalam bilik ..along tak nak kaco ..Mira jage diri baik-baik tau..jangan tinggal solat..ingat tu!! A'kum..!!"

Lantas kuaturkan langkahku yang longlai... semakin kurang semangat diri..terasa semacam ada batu terikat di kepalaku...perlahan-lahan kudongak ke langit.. mendung..ya..semendung hatiku..angin bertiup perlahan... tidak lama kemudian hujan turun renyai-renyai...seolah-olah alam memahami perasaanku kini....Allah..hanya pada-Mu aku memohon kekuatan...!!! Amin...

--------------------------------------------------------------------------------------

Bas perlahan-lahan bergerak meninggalkan stesen. Sejuknya! Lantas kusarungkan sweater FOREST biru tua kesayanganku.

Aku mengerling ke arah gadis di sebelah..sibuk meneliti telefon bimbit NOKIAnya..."Hmm...sedang tulis message untuk buah hati agaknya..." Hatiku meneka. Inilah yang payahnya naik bas, banyak dugaan, tambahan pula bila ditakdirkan Allah duduk bersebelahan dengan kaum Hawa..sebaya pula tu..

Ku alihkan pandangan ke luar tingkap. Hujan masih lebat.

"Tak payah la..nak beramal-amal sangat.."

"Anak awak tu..masuk agen dakwah mana? Semacam ajer saya tengok.."

"Bahaya budak Ady tu..masuk ajaran sesat agaknya.."

"Ntahnya...along tu..skang tak nak jadik student dah..berlagak jadik ustaz plak..tunjuk alim!!!"

Kata-kata sindiran luahan mak, abah dan angah masih terngiang-ngiang di telinga..waktu itu aku baru sahaja hendak melangkah menuju ke dapur untuk mengadap sarapan pagi.. serta merta langkahku terhenti...selera makanku juga hilang tiba-tiba..

Pedih..sakit hati, geram, sedih, kecewa... bercampur baur... tidak kusangka sama sekali kepulanganku kali ini langsung tidak disenangi...Kenapa? Kenapa jadi begini? Kenapa sebegitu sekali tohmahan dilemparkan terhadapku? Apakah kerana insiden malam itu, punca segalanya?

Aku tidak pernah membantah kata-kata mak dan abah...sejak dari dahulu lagi...minatku pada bidang matematik tulen terpaksa aku ketepikan semata-mata memenuhi impian mereka agar aku menjadi jurutera pada satu hari nanti...terus terang aku katakan..aku tidak minat sebenarnya dalam bidang kimia...malahan itulah subjek yang paling kubenci sewaktu di sekolah menengah dulu..tapi segalanya terpaksa kuterima jua..hidup aku telah ditentukan sejak dari awal lagi...sejak awal-awal lagi aku sudah mengalah...

Kerana kata-kata tohmahan dan sindiran itulah aku terpaksa membatalkan sahaja niatku untuk menghabiskan cuti sehingga Selasa ini... cukuplah sampai hari ini...cukuplah..

Tidak sanggup rasanya untukku berdepan dengan wajah-wajah penghuni rumahku itu..terasa asing pula..

Bas semakin laju meredah kedinginan pada petang itu..mataku semakin layu..argghh..mengantuk pula rasanya...

--------------------------------------------------------------------------------------

Ahad: 10.00 malam

"Kah..kah..kah!!! Kelakar sungguh la..Sid ni..tengok tu..tengok cara dia tido..kah..kah..kah!!!"

"Tu..nak kene marah ngan Manfred la tu.."

Hilman dan Din rupanya sedang seronok menonton vcd Ice Age. Hilai tawa Din memecah kesunyian malam...tanpa memberi salam aku masuk lalu beg kuletakkan di atas katil.

"Eh! Ady..awal ko balik.." Din menegurku.. Aku cuma menghadiahkan senyuman kelat..senyum yang dibuat-buat...senyum dalam tangisan. Hilman cuma memerhatikanku..

"Din..bilik ko ader orang tak?"

"Tak der..Azman ngan Nazree kuar..besok diorang balik aa..."

"Aku 'pinjam' bilik ko..jap..nak solat Isyak.."

Din mengangguk..pandangannya masih tertumpu pada komputer Acer Hilman..penuh kosentrasi...

Selesai solat aku sekali lagi masuk ke bilik..Ai..tak habis2 lagi rupanya..Din ketawa terkekeh-kekeh..Aku menggelengkan kepala...
"Nak ke mana, Ady?" Hilman bersuara.

"Kuar, jap..Amik angin malam.." Aku menjawab selamba sambil tangan mencapai sweater.

"Naik motor?"

"Tak..jalan kaki.."

Aku letih sebenarnya..bukan jasad tapi hati..hati aku letih..letih dengan perangai dan kerenah keluarga aku..

Aku berjalan perlahan-lahan menyusuri gerai burger, kedai-kedai makan dan kedai runcit tidak jauh dari kawasan perumahanku. Muda-mudi berpeleseran di mana-mana ..bukannya aku tidak kenal..majoritinya pelajar UM juga..biasalah..malam-malam begini..ada yang bawak 'awek' makan malam..atau sekadar borak dengan kawan-kawan sambil minum-minum, 'bergayut' di telefon awam, melepak di gerai burger, mengusik anak-anak dara yang lalu lalang sambil menghisap rokok Dunhill..

..."SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH PERMAINAN DAN SENDA GURAU.."
surah Muhammad:36

Langkahklu terhenti di sebuah kedai menjual majalah tidak jauh dari Restoran Pak Wan..Hmm...'SITI NURHALIZA MENANGIS KERANA CETAK ROMPAK'..."Heh...takkanlah pasal cetak rompak jer da nak nangis-nangis, kot? Rugi air mata jer..." Hatiku mengomel.

REMAJA,MEDIA HIBURAN,GALAXIE,URTV..dan pelbagai lagi majalah picisan yang lain...cuma berbeza pada warna dan ketebalannya tetapi pada aku...semuanya sama pada satu aspek: EKSPLOITASI WANITA - perempuan masih menjadi penghias 'cover'nya..Susah..susahlah mata-mata mujahid yang sedang berjihad melawan hawa nafsu...mata juga perlu dijaga..tidak boleh 'main redah' sahaja. Itu maknanya tidak bersyukur..tidak bersyukur dengan nikmat pancaindera yang Allah kurniakan.

Aku kemudiannya melabuhkan punggung ke pangkin berhampiran kawasan permainan kanak-kanak...Serta merta ingatanku menerawang... Amira.. Agaknya apalah yang dia buat sekarang ni? Mesti dia bosan ketika ini...

"Lepas tu..?"
"Lepas tu aku pun pecut aa..."

Lamunanku terhenti...Siapa? Macam kenal sahaja suara tu..

HIDAYAH 7

"Hai cik adik..sorang ajer? Tanak abang temankan?"

Sah..memang cukupku kenal suara itu..

"Tak payahla...cik abang Din oi..cik adik tak de mood la..."

"Kah..kah..kah!! ‘Power’ Ady ni, Man...dia tak pandang muka aku pun..dia tau kewujudan aku...fuhh!!!

Aku menoleh ke belakang. Din tersengih-sengih dengan jarinya mengepit sebatang rokok yang masih menyala. Cap Levis menutupi rambutnya yang agak panjang. Dengan hanya berbaju Cheetah beserta seluar jeans biru lusuh, Din kelihatan cukup selekeh dan serabai. Memang itulah imej budak 'grunge' kelahiran negeri Johor itu.

Hilman pula cuma memakai t-shirt berwarna maroon Kolej Kediaman Ketiga dipadankan selesa dengan kain pelekat biru. Kelakar sungguh, macam orang tua pula.

"Engko ni, Man...selamber jer pakai kain pelekat kuar umah.." Aku melahirkan rasa tidak puas hati pada penampilan Hilman kali ini...'simple' sangat!

"Nape...bukan ker ensem macam ni..."

Din yang sejak tadi asyik tersengih, ketawa terbahak-bahak mendengar respon dari Hilman.

"Aa..’ah..ensem jer..Ala..Man..Ady tu saje je.. dia jeles ngan ko tu...pedulikkan!!"

Pelik pula..malam ini Din kelihatan tampak mesra dengan Hilman, satu situasi yang agak mustahil untuk berlaku. Selalunya cuma denganku sahaja Din berani mempersembahkan lawak bodohnya. Dan sepanjang 2 tahun bersama sebumbung, cuma sesekali sahaja Din bertandang ke bilik kami. Itupun jika baju-bajunya satu pun belum berbasuh, maka secara automatiknya t-shirtkulah menjadi mangsanya.

Senyum terukir di bibir Hilman. Sekali lagi, sedaya upaya kucuba menghadiahkan senyuman terpaksa. Anehnya makin kucuba, semakin pedih hati ini..Ah..hipokritkah aku?

"Rileks...cool Ady...jangan nampak sedih sangat..nanti diorang perasan lak..." Perlahan hatiku memujuk.

Hilman kemudian menyampuk.
"Ala..tak kesah la, Ady..janji tutup aurat..janji..."

"Janji rock...!!!" Pantas Din mencelah tiba-tiba.

Berderai ketawa kami bertiga. Kali ini, aku tidak dapat lagi menahan tawaku. Hilman juga..Din..Din...!! Ada bakat jadi pelawak rupanya housemate aku yang seorang ini!

Memang sejak awal perkenalan kami, Din cukup periang orangnya. Spesies manusia 'happy-go-lucky'-segala-galanya dianggap mudah dalam hidup. Din tidak pernah ambil serius dalam apa jua perkara. Seolah-olah dia tidak punya sebarang masalah.

"Rock apanya kalo berkain pelekat.." Aku menambah. Din menekan-nekan perutnya sambil ketawa kecil.

"Tut..tut...tut..." Ringtone lagu "blind" Korn mengejutkan kami bertiga. Din lantas mencapai telefon bimbitnya.

"Hello...eh...you kat mane?" Perlahan2 Din berjalan meninggalkan kami sambil melayani telefon.

"Eh! Ke mana lak Din tu?..." Hilman terpinga-pinga.

"'Awek' dia tipon la tu.." Aku mencebik. Biasalah...cinta dunia.

"Biarlah...orang tengah 'bahagia' tu.."celah Hilman.

Hm..bahagia? Apa maksud Hilman? Bahagiakah hidup bergelumang maksiat? Ah...susah-susah kahwinkan saja!

Sepeninggalan Din, suasana hening seketika. Aku kehilangan kata-kata. Kakiku ligat menguis-nguis pasir di tepi jalan raya. Hilman cuma membisu. Sesekali dia membetulkan kopiahnya. Yang kedengaran cuma sayup-sayup bunyi siaran TV dan radio di rumah-rumah berhampiran.

"Subhanallah....cantiknya bintang...!!" Hilman akhirnya bersuara sambil kepala mendongak ke langit.

"Aa..’aa..la..banyaknya..Subhanallah...!!"

"Aku teringat sesuatu bila tengok bintang ni, Ady.."

"Ape die?"

"Hadith Nabi...Nabi pernah bersabda ...SAHABAT-SAHABATKU ITU ADALAH UMPAMA BINTANG-BINTANG DI LANGIT..."

"BARANGSIAPA MENGIKUTI MEREKA MAKA MEREKA AKAN DAPAT PETUNJUK.." Aku menyambung perlahan-lahan ayat seterusnya.

"Harapan kita juga macam tu, Man. Macam bintang-bintang tu lah..nampak cantik, bersinar-sinar, memancar-mancar..nampak macam dekat..tapi jauh..jauh untuk tangan kecil kita ini untuk menggapainya.."

"Hm...memang..memang jauh.." Hilman menjawab sambil mengangguk-anggukkan kepala, cuba memahami maksud di sebalik kata-kataku itu.

"Yup...cukup jauh..berjuta-juta tahun cahaya, beb! Rasa cam tak mungkin...mustahil!!"

"Tak der yang mustahil, Ady...dengan izin Allah..kene yakin selalulah...Yang pentingnya...kita kene usaha..cuba...bukan setakat berharap..dan menggapai-gapai tangan sahaja.."

"Tapi kalo aku...? Aku dah cubalah...susah!!!"

"Nak cuba..kene ader ilmu..ader strategi..."

"Hmmm...." Aku menghela nafas panjang. Mudahlah engkau berkata-kata, Hilman. Tapi terfikirkah dia bahuku inilah yang menanggung beban semua ini? Otakku sudah semakin letih untuk berfikir lagi. Tidak ada sesuatu yang menggembirakan aku. Tidak ada!

"Give-up??"

"Entahlah, Man..."

"Kenapa balik awal?"

"Saje..."

"Ko seolah-olah lari masalah, Ady!!!"

"Ah...itu cuma untuk elak dari masalah yang lebih besar.."

"Bukankah itu namanya pengecut. Hanya orang yang pengecut lari dari masalah."

"Habis...ko ingat aku ni pengecutlah..??" Aku merenung tajam wajah Hilman dalam kesuraman malam.

"Aku tak kate diri ko..tapi sikap ko tu..."

"Ko cakap camtu pasal ko tak paham, Man!! Ko takkan paham..!! Argghh!!!" Bentakku.
" Memang aku tak paham pun..."

"So...kalo tak paham jangan nak hukum orang tak tentu pasal..!!!" Hatiku makin panas.

"Macam mana aku nak paham...ko cubalah pahamkan aku..."

Hilman menepuk-nepuk bahuku lembut.

"Ceritalah Ady...kenapa sampai marah sangat ni....istighfar banyak-banyak..."

"Family aku la...susah aku nak cakap..."

Riak wajah Hilman cukup serius, memberi sepenuh perhatian pada kata-kata yang bakal kututurkan.

Aku menggaru-garu kepalaku yang sememangnya tidak gatal. Berat rasanya kepala. Hendak demamkah? Mungkin juga..aku kehujanan petang tadi.

Satu persatu perjalanan insiden di rumah kuceritakan pada Hilman. Dia menggangguk, tidak menyampuk walau sepatah pun. Seketika kemudian dia termenung panjang. Entah apa yang difikirkannya.

"Ady....aku rasa,kan.."

"Pin! Pin!"

Bunyi hon kereta Kancil membantutkan bicara Hilman.

"Siapa pula tu? Potong stim betul..!!" Hatiku menggerutu.

"Eh, Man! Tolong amikkan dompet Nazree atas meja tulis dia, jap!"

Azman menjengah kepalanya keluar dari tingkap kereta.

"Nape?"

"Cepatlah, Man!!"

"Yelah..yelah!!!"

Hilman bingkas bangun meninggalkan aku. Kelam kabut Hilman dibuatnya.

"Ko nih pun satu, Azman. Pi masuk sendrie..tak ley?"

"Ala..dah alang2 Man ader kat sini..aku kalo nak masuk terus kang kene pusing balik, keta banyak time nih..leceh aa...Ko apsal balik awal,hah? Man cakap ko balik Selasa nih?"

Heh..banyak pula soalnya si Azman ini. Kalau hendak berborak panjang, apa salahnya keluar sahaja dari keretanya.

Baru saja aku hendak membuka mulut, perutku pedih tiba2..Aduh..sakit gastrikku datang balikkah?

Aku menekan-nekan perut..Kenapa sakit pula? Setahu aku sudah 3 minggu perutku tidak meragam ..Allah...!!

"Aduh...Allahh..!!!"

"Ady..?? Eh..!! Kenapa ko..?"

"Argghh!!"

Tanganku terketar2. Seketika kemudian, terasa kepalaku berpinar-pinar. Malam yang kelam semakin hitam pada pandanganku...


tidak ada kene mengena ngn yg hidup atau mati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan