Assalamualaikum

Photobucket

ala bizikrillaahi totmainnul qulub...

Photobucket

Khamis, 28 Oktober 2010

BANGKIT DARIPADA GELITA



Bangkit daripada gelita
Tersedar aku daripada kegelapan,
Terlerai belenggu yang mengikat,
Tersingkap segala hijab yang gelap,
Lalu ku lihat alam dari mata hatiku
Jalan yang jitu bukan yang palsu,
            Oh…inilah cahaya dalam diri,
Yang selama ini ku cari-cari,
Aku bangkit kembali,
Aku mula mengenali diri,
Lalu terpancar keindahan ilahi.
            Dalam kelam,suram masih ada hidayah,
TUHAN tidak melihat pada aksi dan seri wajah,
Tapi selagi punya hati yang masih sudi merintih,
Oleh dosa,oleh alpa…
            Kiranya masih terpilih tidak tersisih,
Menjadi seorang hamba yang soleh lalu aku bangun
Menuju jalan itu,jalan satu di ribuan liku
            Aku ada teman
Aku ada TUHAN
Disitu jalan cahaya
Aku bangkit daripada gelita
Melangkah satu demi satu dengan waja.

           


Tiada ulasan:

Catat Ulasan